Tuesday, November 4, 2008

Saya Sudah Berpindah ke Al-Islam Specialist Center






Assalamualaikum,

Saya baru sahaja meletakkan jawatan sebgai doktor di Klinik Idzham di Kota Damansara. Hmm.. tidak lah baru pun sebenarnya. Pada bulan Ramadhan yang baru sahaja lepas. Tetapi perletakan jawatan ini effektif pada 1/11/2008.

Sebelum ni saya pernah bercerita yang saya telah meletakkan jawatan di HKL pada bulan Ramadhan 2 tahun yang lalu. Jadi cerita ini berulang kembali. Kenapa saya pilih bulan Ramadhan? Mungkin secara kebetulan.

Saya sekarang ini bertugas sebagai seorang doktor di bahagian pesakit luar dan kecemasan di Al-Islam Specialist Center (dulu dikenali sebagai Kg Baru Medical Center) berhadapan dengan Masjid Jamek Kg Baru.

Selama berada dua tahun di Klinik Idzham, banyak perkara yang saya belajar dari segi pengurusan. Di antara banyak-banyak perkara, 1. Klinik merupakan satu bisnes yang boleh menjana duit dengan banyak. 2. Menggaji doktor sebagai pekerja anda adalah sesuatu yang boleh meningkatkan tekanan darah anda dan membuatkan anda tidak tidur malam. 3. Membuka klinik pada waktu sekarang boleh menjadikan anda hilang wang ataupun bankrap jika tidak kena caranya. 4. Anda masih boleh belajar walaupun umur anda mencecah 60 tahun.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Idzham yang merupakan Boss, ayah dan colleague saya selama saya bekerja di Klinik Idzham. Jasa Dr Idzham di dalam memberi ilmu dan pengalaman amat-amat saya hargai dan akan saya kenang sampai bila-bila.

Saya tahu Dr Idzham agak keberatan melepaskan saya pergi kerana saya seorang doktor yang diminati ramai patient perempuan di Kota Damansara termasuk makcik dan nenek (kua kua kuaaa..!), pakar cabut tulang (kua kua kua x1000...) dan seorang yang berbudi bahasa (uweekkkk..), tapi apakan daya Dr Idzham.. saya diperlukan di Al-Islam Specialist Center untuk banyak tujuan.

Kepada Kak Rudziah Hussin, penyelia di Klinik Idzham KD, semoga mendapat doktor baru yang boleh berkongsi masalah dan boleh menyelesaikan masalah. Team work kita memang best (sampai menang klinik kedua tercantik - dapat duit RM 4000.00 dari Dr Idzham walaupun sepatutnya dapat no 1). Juga kepada semua staf KD, bekerjalah baik-baik, jangan gaduh2. Kepada Pn Yuszalinda, Assistant No 1 Boss merangkap akauntan, semoga berjaya dengan study dan kerjaya.

Kepada Auntie Sujin, pesakit favourite saya yang berasal dari Thailand juga tuan punya restoran Siam62, Sawadeekaaaap... next time I will eat in your restaurant (after you get your halal certificate from JAKIM la).. I want to learn more from you in doing restaurant business. Dia ni ada banyak restoran kat Thailand. Tak reti cakap omputeh sepatah habuk, tapi kaya masyaAllah. Tiap-tiap kali datang ada sorang translator ikut dia. Dia suka datang ke klinik jumpa saya sebab dia kata ubat saya berkesan.. hahaha.. padahal ubat sama je ngan klinik lain...

Apapun, kepada semua pembaca, doakan saya sukses di tempat yang baru ini. Baru berjinak-jinak dengan makanan di Kg Baru. Maklumlah... sebelum ni makan kat Damansara kan.. Kat Damansara, beli nasik lauk biasa kat makcik tepi jalan pun mahu kena RM 8.00. Kalau anda terjumpa saya kat Masjid Jamek tuh InsyaAllah tegur lah saya. Manalah tau, kalau ada duit lebih saya belanja popia basah kat sebelah Al-Islam Specialist Center tuh.... Insya Allah....

Wallahu A'lam

Salam.

14 comments:

Ealyie said...

Good Luck Doc kat tempat baru. Semoga diberkati & dirahmati selalu oleh Nya..

Anonymous said...

Salam,
Selamat bertugas di Al-Islam Specialist Center..!
Dah lama tak kesana jumpa Dr. Rafae, Dr. Norlida & Dr. Shuhaimi... hehehehe...

Semoga terus maju sambil berkhidmat kepada masyarakat.

MM

mangchikla said...

Agaknyer disebabkan keramahan tuan duktur yg membuat ubat jadi mujarab kot, Alhamdulillah

Anonymous said...

Tahniah doc, dah keje di tempat baru. Saya pernah mendapat rawatan daripada doktor masa awal2 mengandung kerana hidung berdarah. Thanks sgt dgn layanan doc. Saya kerap gak puji doktor depan adik doktor, shenna (officemate saya)...sebaik abangnya sebaik 2 lah jugak adiknya....Selamat Maju Jaya doc...

Anonymous said...

psikologi tuuu. dr tu cepat baik. dr tu lambat baik.

macam minum air kosong dgn air jampi pulak.

apa pun good luck di tempat baru.

Pakdi
http://www.pakdi.my

Kujie said...

kerana kita bernyawa..hidup kita berubah dan bergerak...moga ke arah yang lebih baik..

selamat berjaya doc!

Dr Azwan said...

terima kasih. Kerja tempat baru ni stress dia lain sikit. Maklumlah ada kes emergency.

anon : awak ngan adik saya ofis mate. Ler, tak bagitahu pulak.

pakdi : psiko penting pakdi dalam bisnes merawat orang nih. Tuh sebab ada budak jumpa doktor ni nangis, jumpa satu lagi doktor tak nangis. (selain daripada umpan vitamin c la)..

kujie : terima kasih kak.

Dr Ummi said...

Aslkm.

Dr Azwan,

Selamat bertugas di tempat baru.
Kak Ummi sibuk semacam lately.Baru baca artikel ni.

Hmm..lepas di Dr Azwan kena buar artikel sikit hurai pasal 4 perkara di bawah ni. Pasti menarik! He,he...

1. Klinik merupakan satu bisnes yang boleh menjana duit dengan banyak. 2. Menggaji doktor sebagai pekerja anda adalah sesuatu yang boleh meningkatkan tekanan darah anda dan membuatkan anda tidak tidur malam. 3. Membuka klinik pada waktu sekarang boleh menjadikan anda hilang wang ataupun bankrap jika tidak kena caranya. 4. Anda masih boleh belajar walaupun umur anda mencecah 60 tahun.

kucau said...

hehe. good luck azwann . biler mau jadi MD ? hehehe . aku pon kene bajo pasal2 kinik ngan ko nie ;) hehehe

Dr Azwan said...

dr ummi : Yang bertanya lagi otai daripada yang ditanya.. hehe

kucau : ko bukak jer lah klinik. bila lagi nak pakai mercedes...

Anonymous said...

Tahniah & Alhamdulillah Dr Azwan kerana berani berhijrah...

Ini adalah petanda orang yang bijak lagi cemerlang....

Hadapilah badai & asam garam hidup dengan sabar & tenang...


AMIN.

--{-@ Zaity @-}-- said...

Good Luck Dr. ! :-)

dini said...

Sama sama la kita memajukan diri untuk dunia dan akhirat. mari la singgah ke blog saya

Norhisham Md Yusuf said...

Sape yg pilih doc utk jaga satu2 klinik idzham?i just accident with my fiance.she fell off from my back to front of me like a ball and the doc just give her simple medicine?no scan,nothing more?then said u can share with her med.WTF..i am not asking for free.now i cant sleep because of the pain.i am an asst architect.we r profesional treat client like a king.Idzham's doctor not pro?i swear if anything happen more than just a bruise,i'll sue klinik idzham. Ingat kl pg klinik melayu,blh tlg sama bangsa tp bangsa sndri khianat,baik xpyh.

Related Posts with Thumbnails